1. Salam Sejahtera
  2. Privacy Policy
  3. Shopping Cart
  4. Shipping & Delivery
  5. Terms & Conditions
  6. Sizing Guide
  7. Faq
  8. Manual Order
  9. Support
  10. Credits

Coolinner – Shopping Guide – Panduan Belian

Applicable to: Facebook Page – Baju Inner Online


Privacy Policy


This policy covers how we use your personal information. We take your privacy seriously and will take all measures to protect your personal information. Any personal information received will only be used to fill your order. We will not sell or redistribute your information to anyone.

Polisi Persendirian
Kami mendapatkan maklumat peribadi anda seperti nama, alamat, e-mail dan no talipon bertujuan memudahkan pihak kami menghubungi anda semasa penghantaran . Kami tidak akan sama sekali berkongsi maklumat peribadi anda dengan mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran rasmi.

Shopping Cart


1Register  your account
As a new user enter your information in the registration form. In addition you will receive e-mail containing an activation code with a password. Sometimes this email takes few minutes to appear in your Inbox, usually instant, please check your spam folder and add us into your email list. Follow the steps given from activation followed by the login. Registered users can continue by just logging in with your e-mail address and password.

Langkah 1: Pendaftaran akaun
Sebagai pengguna baru isikan maklumat anda didalam borang pendaftaran. Selanjutnya anda akan menerima e-mail mengandungi kod pengaktifan berserta kata laluan. Kadangkala email ini mengambil sedikit masa untuk muncul di Inbox anda, biasanya segera, sila periksa spam folder juga dan masukkan email kami kedalam senarai email anda. Ikuti langkah yang diberikan bermula pengaktifan diikuti dengan log masuk.
Pengguna berdaftar boleh  terus saja log masuk dengan alamat e-mail dan kata laluan anda.


2Using shopping cart
Visit our online store by category and sub ​​category. Add any items you like into your cart  which can be updated quantity or remove (delete) any time as you go along before checking out. Makesure your choosen size and colour shown.

Langkah 2 : Mengguna Troli Membeli-belah
Layari online stor kami mengikut kategori dan sub kategori. Masukkan dahulu apa saja item yang anda suka kedalam troli..yang mana boleh dikemaskini kuantiti atau hapuskan (delete) bila-bila masa. dari troli anda selagi belum ke proses bayaran. Pastikan saiz dan warna pilihan terpapar.


3Checkout
When you have finished shopping, you may proceed to checkout your items. Double check your order items, size, qty, delivery information,total amount and coupon code(if any) before you click the confirm button. Please take note on flat rate shipping as below table. You will then receive an e-mail associated to your order details and confirmation ID number. You may now make payment according your choosen bank. Online transfer please put sales@coolinner.com  in the recipient email or beneficiary payment alert column and prepare a screenshot transaction. MolPay transaction just follow the instruction.

shipping rate

molpay gateway

*International buyer please read this guideline

Langkah 3 : Proses Bayaran
Setelah selesai membeli-belah anda boleh ke Proses Bayaran. Sebelum anda menekan butang sahkan semak sekali lagi item pesanan, saiz, kuantiti, maklumat penghantaran, jumlah bayaran dan kod kupon(jika ada). Harap maklum berkaitan caj penghantaran seperti jadual diatas. Pihak kami berhak menasihati anda jika berlaku kesilapan pada pengiraaan. Sekira perlu anda juga boleh ubah alamat penghantaran jika berbeza dari alamat tetap. Selanjutnya anda akan menerima e-mail berkaitan pesanan anda bersama nombor rujukan ID. Sekarang bolehlah anda membuat bayaran keakaun bank kami yang anda pilih. sebelumnya. Transaksi melalui MOLPay hanya ikuti arahan yang tertera.
Penting: Bagi online transfer sila masukkan email kami sales@coolinner.com  dibahagian beneficiary payment alert bagi memudahkan kami menjejak pembayaran anda.
dan anda digalakkan membuat transaksi tembakan skrin @ screenshot


4 Final Step - Proof of Payment
Go to "My Account" and check the order history. If your new order is not showing, your order have failed. Please check your shopping cart and submit your order again. Alternatively, you may contact us for assistance.
Enter the required information (* is compulsory) press submit, most importantly, a reference number and time of payment transaction. If you provide evidence of transactions screenshot, image file should be as small as possible around 50KB JPEG format. Your order will be processed and ship within 24hours,we aim for orders to be shipped on the same working day if payment clears before 5pm. You will then receive an e-mail with your invoice details and tracking number that you can trace after 11pm on that shipping date,advisable the next business day.
Note at remark column: Use only a-z, A-Z, 0-9 characters. Avoid special characters.


Langkah 4 : Langkah Akhir - Bukti Bayaran
Masuk ke "Akaun Anda" dan lihat log pembelian. sekiranya pesanan anda tiada bermakna pesanan anda gagal, ulangi semula pesanan anda atau boleh hubungi kami untuk bantuan.
Masukkan maklumat yang diperlukan(*adalah wajib) dan hantar,  paling utama, nombor rujukan dan masa transaksi pembayaran. Sekiranya anda meyediakan bukti transaksi screenshot (tembakan skrin)imej file harus sekecil yang mungkin sekitar 100KB format JPEG.
Pesanan anda akan diproses seterusnya dihantar dalam tempoh 24jam, bayaran jelas sebelum 5 petang akan diusahakan penghantaran pada hari yang sama. Anda akan menerima e-mail beserta invois dan no jejak kiriman yang boleh anda jejak seawal 11 malam, sebaiknya keesokkan hari.
Penting dibahagian catitan (remark column): Jika perlu tulis, hanya abjad a-z,A-Z,0-9. Special characters tidak dibenarkan.



Your account
Sign up as a member to enjoy personalized services.
View your order status and history, update account information and stay up to date with new promotions and items. You can track the status of your order online anytime. Simply log in and click on Your Account to view your order status and history. To update your account information, log in and go to Your Account to change your e-mail address, contact details or password.

Akaun Anda
Log masuk ke akaun anda untuk melihat status pesanan semasa dan rekod terdahulu, kemaskini maklumat seperti alamat e-mail, nombor talipon dan menukar kata laluan.

Shipping & Delivery


Delivery
We aim for orders to be shipped on the same working day if payment clears before 12noon. After 12 pm, we'll get the orders shipped the next day (Mondays to Fridays and certain Saturdays/Sundays, excluding public holidays). After items leave our warehouse, it usually delivered the next business day to your doorsteps depending your Poslaju coverage area for orders in Malaysia. International orders, it varies according to your location. For isolated cases where orders can not be sent within 24 hours we will contact you to follow up with some reserve options.
Malaysia Customers
For Semenanjung orders, there is a shipping fee of RM8 if the order total is less than RM120. Free if you spend above RM120.
For Sabah, Sarawak and Labuan orders, there is a shipping fee of RM10 if the order total is less than RM150. Free if you spend above RM150.
We also allow for self pick-ups if you do not want to bear shipping costs. Our location is near Setapak but we will give you the exact address once your order is confirmed.
International Customers
For international orders, it varies according to your location. Please email to sales@coolinner.com your items, shipping methode and your country and we'll calculate the rate for you!.
In general Singapore, Brunei and Indonesia customers please refer here.
free delivery

Penghantaran

Penghantaran menggunakan khidmat Pos Laju Malaysia Isnin-Jumaat dan Sabtu/Ahad tertentu, kecuali cuti umum. Penghantaran antarabangsa perlu merujuk pihak kami terlebih dahulu untuk persetujuan cara penghantaran dan pembayaran. Pengambilan sendiri juga dibenarkan sekiranya anda tidak mahu menanggung caj pos. Lokasi kami adalah di Setapak dan akan diberikan selepas pengesahan pesanan anda. Kadar caj antarabangsa terutama ke Singapura, Brunei Darusalam dan Indonesia sila rujuk disini.
Jaminan kami adalah dalam tempoh 24jam pesanan pasti dihantar.
Namun bergantung pada logistic kebiasaanya pembayaran sebelum pukul 12 tengahari akan dihantar pada hari yang sama. Stok kami sentiasa mencukupi (95%), re-stock sebelum stok kritikal.
Bagi kes terpencil dimana pesanan tidak dapat dihantar dalam masa 24jam kami akan menghubungi anda dan mencadangkan warna/saiz lain tetapi jika anda tidak bersetuju, anda yang tentukan (bukan kami) samada:
1. Tangguh penghantaran kesatu tarikh yang dipersetujui
2. Memulangkan sebahagian pembayaran
3. Membatal dan memulangkan keseluruhan pembayaran
4. Split shipment

Tiada caj penghantaran bagi belian RM120+ bagi Semenanjung atau RM150+ bagi Sabah/Sarawak, jika tidak caj penghantaran sebanyak RM8 bagi semenanjung dan RM10 bagi Sabah/Sarawak akan dikenakan.


Terms & Conditions


Return, Refund & Exchange Policy
We take great pride in ensuring that our products are of great quality and condition. On receiving of the product, you must take care when opening the packaging so as not to damage it, particularly when using any sharp instruments.
You may return / exchange the items within 7 days in the following cases:
a. You have received a defective item
b. There is an error in the item you received based on your order placed
E-mail us a clear picture indicating the defected area for admin approval. All return items must be returned in unworn , unwashed , unaltered , unironed condition with all tags attached. We will deliver and exchange the items at our cost and refund the postage fees accordingly. We shall not be liable if you do not receive your order due to give a wrong address.
We shall aim to let you know if we expect that we are unable to meet our estimated delivery date. Customers have the ability to request a refund at any time by contacting our support team if we unable to deliver within 3 working days.
Cancel or change an order: Since most orders begin processing immediately, there is a short window in canceling or changing an order. We will make every effort to accommodate changes to or cancellations of orders that have not yet shipped. However, we may unable to cancel or change an order once it begins processing.


Polisi Pulangan, Bayaran Balik & Penukaran
Kami senantiasa memastikan produk kami pada tahap yang terbaik. Berhati-hati apabila membuka bungkusan terutamanya apabila menggunakan sebarang instrumen tajam.
Anda mungkin dibenarkan melakukan pengembalian/penukaran dalam tempoh 7 hari bergantung kepada kes-kes berikut:
a. Anda menerima barangan rosak.
b. Terdapat kesilapan barangan yang dihantar dari pihak kami berbeza dari pesanan anda.
E-mel kepada kami gambar yang menunjukkan kawasan yang rosak dengan jelas untuk kelulusan. Barang-barang yang dikembalikan perlulah dalam pakej asal belum dipakai, dicuci, dipinda atau digosok beserta tag asal. Kami akan menanggung segala kos pengembalian dan penukaran.
Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda tidak menerima pesanan anda kerana alamat yang salah.
Anda akan dimaklumkan jika kami menjangkakan tidak dapat memenuhi anggaran tarikh penghantaran 24jam hari bekerja kami. Pelanggan boleh memohon bayaran balik pada bila-bila masa dengan menghubungi kami jika tidak dapat menghantar dalam tempoh 3 hari bekerja.
Pembatalan dan penukaran: Penukaran dan pembatalan mungkin dibenarkan sekiranya pesanan anda belum diposkan kerana proses bermula sebaik sahaja pesanan anda diterima.

Sizing Guide


PANDUAN SAIZ
Keseluruhan penentuan saiz yang disyorkan adalah berdasarkan International Standard

UKURAN BAJU INNER
(Unit inci)

Ukuran dibawah diambil dalam keadaan biasa tanpa regangan. Kebiasaanya pelangan memilih saiz yang lebih kecil dari baju biasa untuk kelihatan lebih "fit" kerana kain inner ini lembut dan boleh meregang. Umpamanya buka lengan boleh lagi meregang sekitar 2-3 inci.
Untuk mendapatkan gambaran  yang lebih saya sarankan anda lihat juga dibahagian tip dan panduan dibawah.
Baju Inner biasa....
ukuran1
Baju Inner  Panjang.....
Ukuran bagi baju inner panjang adalah sama seperti baju inner biasa selain labuh sebagaimana yang dinyatakan dalam website
Baju Inner Turtle neck....
Ukuran bagi baju inner turtleneck adalah sama seperti baju inner biasa.

Baju Inner Kanak-kanak....

Terdapat dalam  4 saiz iaitu 10, 8, 6 dan 4(hitam sahaja).
ukuran inner kanak-kanak
Nota:
Sekiranya kanak-kanak berbadan gempal boleh mengambil saiz besar sedikit dari jadual yang disyorkan.
Saiz 10 boleh juga dipakai bagi anda yang biasa memakai saiz XS dan tidak mahukan lengan terlalu panjang.

Baju Inner Labuh....

Nota: Model Boneka itu agak tinggi (7 kaki) mungkin nampak singkat, lihat ukuran sebenar.
ukuran inner labuh

TIP PANDUAN


Sebenarnya tiada panduan tetap untuk memilih baju inner namun panduan dibawah adalah berdasarkan pengalaman umum kami berdasarkan bancian majoriti pelanggan.

1. Pemilihan saiz yang sesuai

Trend pemakaian sekarang bagi menutup lengan pemakai dengan blouse atau t-shirt berlengan pendek selain  sebagai baju alas dalam. Selalunya pergelangan tangan yang paling asas agar tidak kelihatan menggeleber. Kebanyakan pelanggan suka kepada saiz yang lebih kecil dari blouse mereka atau body fit. Pada jangkamasa yang agak lama sekiranya mengeleber tidaklah ketara sangat. Manakala ada juga yang memakai semata-mata untuk keselesaan kerana kebanyakkan kain blouse agak panas kainnya.Sekiranya tidak berapa pasti  jadual berikut mungkin dapat membantu anda berdasarkan majoriti bancian pengguna/pembeli kami.
majoriti fit saiz
Nota: Badan XXXXL juga boleh mengambil saiz XXL
Salah satu cara paling mudah adalah mengikut panduan saiz
 International Standard diatas.
Seperkara lagi kebanyakkan jenama dipasaran saiz XXL bahunya tidaklah berapa besar dan memeri , ada kemungkinan tidak muat dibahagian bahu bagi mereka yang berlengan agak besar, manakala sais kecil pula masih ada ruang dibahagian pinggang.
Sekiranya anda inginkan pemakaian seperti anda  memakai t-shirt bolehlah  mengambil saiz lebih besar sedikit dari jadual yang disarankan

2. Pemilihan Kain atau material amat penting untuk keselesaan pemakai sepanjang hari
a.Pastikan kain inner itu tidak panas dan kainnya lembut. Anda boleh menilainya dengan sekali pegang.Sekiranya sekali pegang dan diminda anda masih ada rasa was-was elakkan dari membelinya.
b.Jangan terpedaya dengan harga yang terlalu murah (RM10) dipasaran kerana biasanya kain agak keras, singkat@kurang inci, warna agak pudar@kurang tajam dan kurang menyerap. Saya sendiripun ada menjual baju inner ini kerana adanya permintaan dari golongan tertentu dan masalah yang mungkin akan berlaku  seperti  mudah berbulu, warna pudar dan kain senget lepas basuh, agak  rimas dan sekali-sekala kena tarik kebawah semasa berjalan.
c.Waspada jika ianya tidak berjenama (sekadar sticker @ tag). Kebiasaanya jika kualiti tidak seberapa jenama tidak diletakkan. Tetapi jika anda dapat menilainya tidak mengapa namun awas ada kemungkinan ianya sudah bercampur dan agak sukar dikenalpasti.
d.Sebetulnya memang sukar untuk dibuat penjelasan terperinci dari email-email yang kami terima namun 2 faktor utama yang membolehkan kami bertahan adalah kandungan cotton gm/m² dan jenis pewarna (dye) yang digunakan yang sentiasa dikekalkan. Maklumat ini terpaksa kami rahsiakan atas nasihat pengeluar fabric.

3. Penjagaan

Sebaiknya basuhan tangan, untuk mesin basuh asingkan dari seluar berzip atau bra kerana jika tersangkut inner tersebut senang koyak.Seeloknya set pada "soft", pasti akan tahan lama dari berbulu. Panduan ini sebenarnya boleh anda perolehi dari booklet mesin basuh.

4. Padanan warna

Umumnya warna hitam dan putih sesuai dipadankan untuk apa saja. Putih susu, coklat dan skin juga merupakan warna asas yang boleh diselang-selikan bagi mengelakkan rasa bosan.
Bagi blouse kain jarang elakkan warna hitam, sebagai contoh jika ia nya warna oren muda cuba baju inner oren terang bagi menyerlahkan blouse tersebut begitu juga sebaliknya.
Bagi t-shirt @ dress labuh tanpa lengan berbunga atau bercorak, cuba padankan dengan baju inner dari salah satu warna yang paling kurang warnanya pada t-shirt  @ dress tersebut. Sekirannya background t-shirt gelap cuba warna yang sedikit cair, begitu juga jika sebaliknya. Ini bertujuan untuk menyerlahkan t-shirt tersebut.
Anda juga boleh padankan dengan warna tudung walaupun baju anda berlainan warna.

Faq


Berikut adalah soalan-soalan lazim bagi rujukan anda sebelum mengajukan pertanyaan lanjut kepada kami.
Sekiranya maklumat itu tiada di sini sila email ke sales@coolinner.com

Diskaun Keahlian (Membership Discounts)
    Bagaimana membolehkan saya menikmati diskaun keahlian?


Produk (Products)
    Adakah warna replica menunjukkan warna sebenar inner?
    Saya tak berapa pasti pasal sais, kekadang pakai S kekadang M. Mana satu ek?
    Bolehkah saya membuat penukaran sekiranya saiz yang dipesan tidak sesuai?
    Berapa lama boleh tahan inner biasa daripada berbulu dan mengeleber?
    Apakah jaminan kualiti produk anda?

Pesanan (Orders)
    Boleh tak kalau nak order cara biasa tanpa login?
    Bagaimana saya tahu pesanan saya sedang diproses?
    Boleh tak kalau saya hendak cancel order?
   
Pembayaran (Payment)
    Bagaimanakah cara pembayaran dan berapa caj penghantaran?

   Saya sudah membuat pembayaran tapi kenapa status masih pending?  
 
  Saya tidak dapat memasukkan bukti pembayaran?

Penghantaran (Delivery)
    Bila saya akan perolehi pesanan saya?
    Bolehkah saya tetapkan tarikh penghantaran?
    Adakah anda membuat penghantaran antarbangsa?

Masalah Akaun (Account Problem)
    Saya tidak boleh membuat pendaftaran?
    Tidak boleh log masuk ke akaun?
    Lupa kata laluan, apa perlu saya buat?


Lain-lain (others)
    Dimanakah lokasi coolinner.com?
    Harga boleh diskaun lagi tak?
   Saya nak booking, tolong simpan ya?


Diskaun Keahlian (Membership Discounts)
S: Bagaimana membolehkan saya menikmati diskaun keahlian?
J: Tiada yuran atau syarat keahlian dikenakan tetapi pembelian harus melalui shopping cart. Anda cuma perlu mengira sendiri belian terkumpul dari keseluruhan pesanan lalu dan memaklumkan kepada kami. Kami akan mengaktifkan kod kupon berdasarkan tahap kelayakkan member's Level. Cara cepat untuk mencapai Member's Level atas anda boleh  kongsi bersama rakan setempat kerja dimana disamping mendapat diskaun anda juga boleh menikmati free shipping setiap kali membuat pesanan. Kami memahami shipping adalah kos tambahan bagi anda.
Belian Terkumpul Member's Level Member's Discount
RM1 & Keatas Classic Member -
RM300 & Keatas Bronze Member 5%
RM500 & Keatas Gold Member 10%
RM3000 Keatas Diamond Member 15%
RM7000 Keatas Platinum Member 20%
Produk (Products)
S: Adakah warna replica menunjukkan warna sebenar baju inner?
J: Ya, keseluruhan gambar adalah warna sebenar dan diambil oleh jurugambar professional satu persatu setelah dipilih dari 5 slide terbaik. Sekiranya berlaku offset pada warna adalah terlalu minima. Awas jika anda terlihat gambar yang sama dilaman-laman lain kerana ianya diambil tanpa kebenaran kami.
S:  Saya tak berapa pasti pasal sais, kekadang pakai S kekadang M. Mana satu ek?
J: Jika begitu ambil saja S kerana baju inner di Coolinner kainnya lembut. Andaikata ketat sedikit selepas 2 kali basuhan pasti ok. Kebiasaanya bila pergelangan tangan sudah terlalu besar kita tidak suka memakainya.
S: Bolehkah saya membuat penukaran sekiranya saiz yang dipesan tidak sesuai?
J: Ya, kami akan membantu anda membuat penukaran segera. Anda boleh berbuat demikian dalam masa 7 hari dari tarikh penghantaran bergantung kepada persetujuan bersama, sama ada melalui email atau telefon. Panduan berikut boleh diguna pakai:
-Barang yang dikembalikan belum pernah dicuba, diguna atau dibasuh serta tidak kotor -
regular hygienic practices.
-Barang dikembalikan bersama pakej asal yang berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan semula.
-Barang diskaun atau harga istimewa tidak diterima untuk penukaran.
-Barang mesti dikembalikan menggunakan khidmat kurier.
Kos penghantaran barang untuk penukaran ditanggung oleh pengguna. Kos penghantaran terdahulu tidak akan dikembalikan.
Kami tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan barang semasa dalam penghantaran untuk penukaran. Sila bungkus barang yang ingin dikembalikan untuk penukaran dengan baik supaya barang tidak rosak semasa transit.
S: Berapa lama boleh tahan inner biasa daripada berbulu dan mengeleber?
J: Baju Inner biasa ini adalah dari kain cotton jadi kemungkinan berbulu itu pasti ada bagi suatu jangka masa tertentu bergantung kepada pemakaian dan penjagaan. Maklumbalas dari pengguna kami mengatakan baju inner kami lebih tahan lama berbanding jenama lain yang pernah mereka beli.
S: Apakah jaminan kualiti produk anda?
J: Sebagai pelanggan yang pertama kali berurusan, kami memahami tahap keyakinan @keraguan anda oleh itu apa yang dapat kami katakan produk kami adalah yang terbaik berpadanan dengan harganya.
Pesanan (Orders)
S: Boleh tak kalau nak order cara biasa tanpa login?
J: Boleh, namun tidak digalakkan bagi memudah dan mempercepatkan proces penghantaran dan untuk anda mengimbas rekod-rekod pembelian dahulu. Berikan kod, saiz, kuantiti dan kami akan berikan no akaun dan jumlah yang perlu dibayar. Sebaiknya buat pengiraan sendiri dengan menambahkan kos penghantaran. Sila gunakan order form ini. Pesanan melalui sms ke 016-2122011 adalah pilihan terakhir, sila nyatakan nama, alamat, kod dan saiz dalam sms pertama anda bagi memastikan balasan segera dari pihak kami (kami hanya berurusan dengan orang yang dikenali). Majoriti pelanggan kami adalah pelajar, remaja yang mana mungkin terhad masanya untuk akses ke internet atau persekitaran kerja yang tidak mengizinkan. Dapatkan nombor akaun kami di ruangan bantuan (help).
S:  Bagaimana saya tahu pesanan saya sedang diproses?
J: Anda akan menerima email berkaitan nombor pesanan dan barangan yang dipesan. Ini bermakna pesanan anda telah sampai kepihak kami dengan jayanya. Anda boleh jejak parcel anda dengan nombor tracking yang diberi.
S: Boleh tak kalau saya hendak cancel order?
J: Sila maklumkan kepada kami melalui email dan nyatakan order ID anda. Ini lebih baik dari berdiam diri membuatkan kami keliru apa tindakan harus dibuat. Buat pengetahuan, kami berkonsepkan penghantaran segera oleh itu sebaik menerima pesanan kami terus megeluarkannya dari simpanan (atau ke setor jika perlu) dan packing .Penghantaran diuruskan sebaik pengesahan pembayaran. Selagi tiada maklum-balas sekali-sekala kami terpaksa membuat selidikan keatas akaun kami sekiranya ada pembayaran tanpa pemberitahuan yang agak rumit sedikit. Harap pelanggan faham dan bayangkan masa yang diperlukan untuk menyimpannya semula mengikut saiz dan warna.
Pembayaran (Payment)
S: Bagaimanakah cara pembayaran dan berapa caj penghantaran? Bolehkah guna Kad Kredit atau Paypal?
J: Kami menerima pembayaran samada online transfer atau bank in keakaun Maybank/CIMB/BankIslam. Baki akan dipulangkan jika anda menggunakan cash deposit machine. Tiada caj penghantaran bagi belian RM120+ bagi Semenanjung atau RM150+ bagi Sabah/Sarawak, jika tidak caj penghantaran sebanyak RM8 bagi semenanjung dan RM10 bagi Sabah/Sarawak akan dikenakan. JIka ingin membuat bayaran melalui PayPal(kredit kad) pilih dahulu mana-mana bank semasa checkout dan selepas itu emailkan kami no order anda untuk kami invoice melalui paypal yang mana sedikit yuran akan dikenakan.
S:
Saya sudah membuat pembayaran tapi kenapa status masih pending?
J:
Status complete akan muncul hanya setelah kami memasukkan segala maklumat berkaitan penghantaran dan nombor tracking pos laju.
S: Saya tidak dapat memasukkan bukti pembayaran kedalam sistem?
J: Screenshot adalah bukti bayaran terbaik tetapi bertenang, usah buang masa anda, mungkin ada 2 sebab:
1.Saiz file imej screenshot anda terlalu besar yang sepatutnya sekitar 50KB sahaja dalam format .jpg dan internet connection perlahan meyebabkan masalah timeout semasa upload. Pelajari cara mudah buat tembakan skrin@screenshot
.
2.Anda telah memasukkan special character dibahagian remark iaitu selain dari abjad dan nombor.
Sebenarnya ruangan bertanda(*) sahaja yang wajib diisi dan dibahagian remark tuliskan samada:
1.Pembayaran telah dibuat pada "tarikh, masa dan nama" ,contoh

2."Periksa email alert dari bank" jika anda telah memasukkan email alert semasa membuat pembayaran secara online transfer.
3. Beritahu kami melalui email dan attach screeshot jika ada
Penghantaran (Delivery)
S: Bila saya akan perolehi pesanan saya?
J: Jaminan kami adalah dalam tempoh 24jam pesanan pasti dihantar. Namun bergantung pada logistic kebiasaanya pembayaran sebelum pukul 5 petang akan dihantar pada hari yang sama. Kami sarankan anda melihat status parsel dari nombor tracking yang diberi. Sila maklumkan sekiranya anda masih belum menerima selepas 3 hari dari tarikh pengeposan. Harap maklum parsel yang tidak dituntut melebihi 2 minggu akan dikembalikan kepada kami dan anda akan dikenakan caj untuk penghantaran semula. Phak kami berhak "declare ownership" jika selepas 2 bulan masih tidak dituntut dan tiada maklumbalas dari anda..
S: Bolehkah saya tetapkan tarikh penghantaran?
J: Sila beritahu kami.
S: Adakah anda membuat penghantaran antarabangsa?
J: Penghantaran antarabangsa hanya akan dibuat setelah adanya persetujuan mengenai kos penghantaran dan mod pembayaran. Kami kerap juga menghantar ke Brunei DS dan Singapura melalui Air Parcel/EMS dan pembayaran melalui Western Union. Sila rujuk link ini.
Masalah Akaun (Account Problem)
S: Saya tidak boleh membuat pendaftaran?
J: Keadaan ini mungkin berlaku jika sambungan internet terlalu perlahan (upload slow). Berikan sedikit masa untuk mesej sampai ke inbox anda berkaitan activation code dan password. Kadang-kadang boleh mencecah maksima hingga 5 minit.Jangan lupa memeriksa spam folder anda (Tip: Hentikan dahulu browsing ke laman lain terutama You Tube dan ikuti langkah satu persatu dan sabar). Sila add email address kami ke contact list anda. Contoh
S: Tidak boleh log masuk ke akaun?
J: Anda mungkin telah memasukkan e-mail address dan password yang salah. Periksa dan cuba lagi.
S: Lupa kata laluan, apa perlu saya buat?
J: Klik pada lupa kata laluan dan kata laluan baru akan dihantar ke inbox anda (beri sedikit masa untuk e-mail sampai 5 min). Log masuk dan tukarkan kata laluan yang senang diingati. Tip: no kereta anda.
Lain-lain (others)
S: Dimanakah lokasi coolinner.com?
J: Coolinner.com adalah projek niaga "fulltime" dari rumah, segala urusniaga dijalankan secara online dan pos. Oleh itu pesanan dan pembayaran selewat sebelum pukul 5 petang boleh kami proses untuk penghantaran pada hari sama. Lokasi runcit kami adalah di Danau Kota,Setapak,KL dan terhad kepada barangan tertentu sahaja.
S: Harga boleh diskaun lagi tak?
J: Harga kami amat berpatutan dan mungkin yang terendah, tiada tawar -menawar (haggling) dibenarkan. Oleh itu sentiasalah melawat untuk mengetahui sekiranya ada promosi dan menjadi fans di Facebook. Kami amat mementingkan perniagaan jangka panjang kepada pelanggan sedia ada. Awas kerana ada pihak lain yang telah menggunakan gambar kami dan menawarkan harga yang lebih rendah kerana ia tidak menggambarkan produk mereka yang sebenar.
S: Saya nak booking, tolong simpan ya?
J: Tidak perlu, kecuali tempahan dengan kuantiti yang banyak kerana stok simpanan kami sentiasa mencukupi 99.9%. Kami senantiasa menambah stok sebelum sampai ketahap kritikal.

Manual Order


Pelanggan disaran menggunakan web browser google chrome atau firefox, sekiranya sambungan internet perlahan hentikan melayari laman lain tetapi jika masih bermasalah anda boleh membuat pesanan secara manual melalui order form ini dimana anda boleh membuat pengiraan sendiri. SMS ke 016-2122011 hanya dijawab jika nama, alamat, kod, saiz dan kuantiti dinyatakan dengan jelas dalam sms pertama.

Support


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila emailkan ke sales@coolinner.com. Tim khidmat pelanggan kami akan membantu anda. SMS/Whatsapp ke 016-2122011 hanya dibenarkan untuk confirm order yang ada isu yang perlu tindakan segera seperti penukaran atau kesilapan pada pesanan. Sila rujuk faq terlebih dahulu.

Credits


Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada anda yang telah/sudi meluang masa membuat review.